Wednesday, December 30, 2009

Hari ke14 - 30/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan bersedia untuk menjalankan tugas.

0900
Menyiapkan borang-borang yang terkandung dalam rekod kawalan.
Fungsi tambah rekod kawalan bagi rekod induk,rekod kecacatan,rekod status lahir dan rekod ladang selesai dibina.
Fungsi padam rekod kawalan bagi rekod induk,rekod kecacatan,rekod status lahir dan rekod ladang selesai dibina.

1100
Masukkan borang-borang dan fungsi yang telah dibina ke dalam antaramuka yang telah disiapkan.
Ralat-ralat yang mungkin berlaku dikesan.

1245
Rehat.

1400
Membina halaman untuk jadual laporan yang akan merekodkan laporan kematian.

1500
Membina hubungan pangkalan data untuk memaparkan jenis ternakan dan bilangan kematian mengikut jantina ternakan.
Membina fungsi mengira bilangan kematian.

1700
Menulis buku log.

1715
Pulang.

perghh..ak rs ak hebat sgt hr ni..haha..
best rs wat sistem ni..gammbatee..

Tuesday, December 29, 2009

Hari ke13 - 29/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan bersedia menjalankan tugas.

0900
Mengemaskini borang-borang rekod Kesihatan,Timbang dan Suntikan.
Fungsi kemaskini terus dikaji,tapi masih gagal.Hanya siap ruangan untuk kemaskini.
Fungsi kemaskini ditangguhkan lagi.

1000
Borang-borang rekod Kesihatan,Timbang dan Suntikan dimasukkan ke dalam halaman antaramuka yang telah disediakan.
Mengatur bahagian-borang dalam antaramuka.
Jadual-jadual dalam untuk paparan senarai laporan dibetulkan sehingga menepati ruangan yang dikehendaki.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat.
Membina borang-borang untuk modul rekod kawalan (Nombor Induk,Nombor Pejantan,Jenis Kecacatan,
Status Kelahiran,Ladang dan Kandang)
Borang-borang Nombor Induk dan Jenis Kecacatan Berjaya dibina dengan fungsi menambah maklumat ke dalam pangkalan data.

1600
Masukkan borang-borang tambah maklumat Nombor Induk dan Jenis Kecacatan ke dalam antaramuka.
Percubaan dilakukan.

1645
Menulis Buku log.

1715
Pulang.

hari ni paling lapo duk kat ofis..diet sgt ak ni..isk2..
Nak makan nasiiiii!!!!

Monday, December 28, 2009

Hari ke12 - 28/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan bersedaa untuk menjalankan tugas.

0900
Menyiapkan borang tambah rekod kesihatan ternakan, rekod timbang ternakan, rekod suntikan.
Mempelajari cara untuk membina fungsi delete dan update dengan menggunakan PHP dengan melakukan carian dalam internet.
Menggunakan apa yang telah dipelajari untuk delete rekod kesihatan dan update pangkalan data rekod kesihatan.

1100
Pangkalan data dihubungkan dengan borang rekod kesihatan untuk fungsi memadam dan mengemaskini.
Pangkalan data fungsi padam berjaya dilakukan.
Pangkalan data fungsi kemaskini ditangguhkan dahulu.

1245
Rehat.

1400
Pangkalan data dihubungkan dengan borang rekod suntikan untuk fungsi padam dan kemaskini.
Fungsi padam berjaya dibina.
Fungsi kemaskini ditangguhakan.

1530
Pangkalan data untuk borang rekod timbang dibina dengan fungsi padam dan kemaskini.
Fungsi padam berjaya.
Fungsi kemaskini ditangguh.

1700
Menulis buku log.

1715
Pulang.


uuhh..delete update pah ceroh..bengong rase..
xpe la..blk mkn nsik dl la..lapo dok mkn takdi..chow..

Sunday, December 27, 2009

Hari ke11 - 27/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan bersedia untuk bertugas.

0900
Membina borang-borang untuk menambah maklumat
dalam pangkalan data rekod kesihatan dan rawatan,rekod suntikan dan rekod timbang.
Membuat hubungan borang-borang dengan pankalan data dan membuat fungsi padam dan kemaskini sistem
pada setiap borang.

1100
Mempelajari mengenai MySql dengan melakukan carian dalam internet.
Cuba membina hubungan pangkalan data untuk sistem.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat dan menyambung tugas untuk hubungkan pangkalan data.

1500
Berjumpa dengan Ketua Unit Software Krim Network (En. Raja Iskandar) untuk berkenalan.
Membincangkan sistem yang sedang dibina (Sistem Ternakan Kambing).
Membincangkan aplikasi yang akan digunakan (Menggunakan aplikasi telefon bimbit dan laman web).
Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi.

1600
Meneruskan tugas membangunkan Sistem Ternakan Kambing.

1700
Menulis buku log.

1715
Pulang.

tension sikit arini..bdn sakit2,rs cam nk demam..xde mud nk wat kije..

Thursday, December 24, 2009

Hari ke10 - 24/12/2009

0830
Sampai ke pejabat dan bersedia Untuk bertugas.

0900
Meneruskan membina hubungan antara laman tambah rekod kesihatan dengan pangkalan data.
Fungsi tambah pangkalan data berjaya dibina.

1000
Membina borang untuk menambah maklumat rakod suntikan dan rekod timbang ternakan.
Selesai membina borang.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat dan membuat hubungan antara borang2 dengan pangkalan data.
Pangkalan data berjaya dihubungkan dengan menggunakan bahasa pengatucaraan PHP.

1630
Menulis buku log.

1715
Pulang.


keje ak yg ringkas hari ni..tapi padat..BERJAYA!!HAHA

Wednesday, December 23, 2009

Hari ke9 - 23/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan bersedia menjalankan tugas.

0900
Melakukan carian dalam internet mengenai fungsi carian menggunakn MySql.
Membina laman carian untuk senarai kesihatan dan rawatan ternakan kambing.
Menghubungkan laman carian dengan pangkalan data.
Hubungan dibina berjaya.

1100
Membina laman carian untuk senarai suntikan ternakan.
Menghubungkan laman yang dibina dengan pangkalan data.
Pangkalan data berjaya dihubungkan dengan bahasa pengatucaraan PHP dan MySql.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat.
Menyambung kerja membina laman carian untuk rekod timbang berat ternakan.
fungsi carian berjaya dibina.

1500
Membina laman untuk menambah maklumat kesihatan dan rawatan ternakan ke dalam pangkalan data.
Kod-kod untuk fungsi tambah digunakan dengan menggunakan bahasa pengatucaraan PHP dan MySql.
Terdapat sedikit ralat berlaku.
Pembetulan dan percubaan dilakukan.

1715
Pulang.

huuhh..dengan semangat yg gigih dan usaha berterusan,akhirnya ak dpt jgk wat database..cewah..susah nak mamposs..bnyk lagi yg kn tgk..pniiing kpala..huhu..baliiikk timee..:)

Tuesday, December 22, 2009

Hari ke8 - 22/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan menyediakan alatan bertugas.

0900
Belajar menggunakan pengatucaraan untuk hubungkan laman web dengan pangkalan data.
Belajar untuk memaparkan nilai pangkalan data pada laman web.
Belajar untuk menambahkan maklumat ke dalam pangkalan data melaluai laman web.
Hubungkan dengan modul admin.

1130
Mencari sumber rujukan mengenai pangkalan data dalam internet.
Membina fungsi session untuk login dan logout laman web.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat dan meneruskan kajian untuk hubungkan pangkalan data.

1500
Pangkalan data untuk login dan logout berjaya dibina dengan menggunakan session.
Ralat yang berlaku dikaji dan dibaiki.

1640
Menulis Buku log.

1715
Pulang.

lagi aku buntu ari ni..bnyk main database je..gile kpale otak aku bpikir..
nk kena minum jus tok guru jgk ni..pening..

Monday, December 21, 2009

Hari ke7 - 21/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan menyediakan peralatan bertugas.

0900
Membina dan menghubungkan fungsi-fungsi borang yang terkandung dalam Sistem Ternakan Kambing dengan antaramuka yang telah direka.
Rekabentuk antaramuka diubah sehingga memuaskan hati dengan warna yang menarik dan susunan yang sesuai.

1100
Mempelajari cara untuk menghubungkan borang-borang dengan pangkalan data.
Pengatucaraan yang digunakan untuk MySql dan PHP memerlukan perhatian yang penuh.
Mencuba membina contoh hubungan web dengan pangkalan data.

1245
Rehat.

1400
Meneruskan merekabentuk borang-borang yang perlu digunakan dalam menjayakan sistem ternakan kambing.
Rekabentuk antaramuka terbaru digabungkan dengan borang-borang.

1600
Mengisi kandungan bagi halaman portal ternakan kambing.

1650
Menulis buku log.

1715
Pulang.

ni ke keje ak hari ni?mcm bnyk sgt je aku mnipu ni..hehe..tp mmg ak buat pn..letih badn ni..pikir nk tido jee...ngantop..

Sunday, December 20, 2009

Hari ke6 - 20/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan menyediakan peralatan untuk bertugas.

0900
Merekabentuk semula antaramukasistem ternakan kambing dan menyediakan borang-borang yang sedia ada
dengan menggunakan antaramuka yang baru.
Mengemaskini borang untuk lupa katalaluan dan hubungkan dengan pangkalan data.

1100
Mengemaskini borang untuk mengawal rekod kesihatan dan rawatan kambing dan menyusun borang ke dalam antaramuka
yang baru.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat. Meneruskan mengemaskini borang rekod kesihatan dan rawatan kambing.

1600-1730
Bertugas di anak syarikat Krim Network iaitu SolarTIF bertempat di:

Lot D1 & D2,
SME Bank Factory Complex,
Chendering Industrial Area,
Chendering,
Kuala Terengganu,
Terengganu.

Lawatan daripada India melawat kawasan pembuatan alat sistem solar.

Thursday, December 17, 2009

Hari ke lima - 17/12/2009

0800
TIba ke pejabat dan menyediakan peralatan untuk bertugas.

0900
Menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh penyelia semalam (ERD dan DFD) dan menghantar kepada penyelia.

1000
Mengenalpasti database yang akan digunakan dalam membina Sistem Ternakan Kambing.
Data-data yang diperlukan dilakarkan dan pengatucaraan untuk digunakan dalam MySql dipelajari secara online.

1100
Mengenalpasti bahasa pengatucaraan yang akan digunakan dalam pembinaan sistem.
Bahasa pengatucaraan yang digunakan adalah bahasa PHP kerana mempunyai kebolehan membina banyak fungsi dan
terdapat banyak sumber daripada internet.
Mempelajari PHP dengan lebih terperinci dan teliti.

1245
Rehat

1400
Kembali ke pejabat dan meneruskan pempelajaran tentang PHP.

1500
Mengenalpasti pengguna yang terlibat dalam sistem yang dibina.
Pengguna terdiri daripada 3 peringkat iaitu Administrato,Staff dan Penempah.
Antaramuka yang bersesuaian dilakarkan dan fungsi-fungsi untuk pengguna yang berbeza dipastikan.
Kod-Kod PHP dipelajari untuk membina laman sistem ini.

1600
Mereka antaramuka yang boleh digunakn dalam pengguna.
Menulis buku log.

1715
Waktu pejabat tamat.Pulang. Esok cuti.

huh..akhirnya seminggu sudah aku beLI..amat membosankan..xsanggup aku keje camni..
Esok cuti..bez2nye..pegi main bowling dl..:)

Wednesday, December 16, 2009

Hari ke empat - 16/12/2009

0830
Tiba ke pejabat dan membuat persediaan meja bertugas.

0900
Belajar secara atas talian untuk memahami bahasa PHP yang akan digunakan dalam melaksanakan Sistem Ternakan Kambing.
Cuba mengingati kod-kod yang penting yang telah dipelajari semalam.

1030
Penyelia organisasi iaitu Puan Munirah menyerahkan jadual tugas yang dibahagikan kepada Mohd Zamri dan saya yang akan dilaksanakan sepanjang Latihan Industri.
Hari ini dijadualkan untuk menyediakan Data Flow Diagram (DFD) dan Entity Relationship Diagram (ERD).
Masa diambil untuk membuat imbasan kembali apa yang telah dipelajari dalam kelas.
Mula membina Data Flow Diagram (DFD).

1200
Puan Munirah menyerahkan lakaran modul-modul yang terlibat dalam pembangunan sistem yang bakal dibangunkan dengan kerjasama Cik Afsal.
Penerangan ringkas berkenaan sistem yang dikehendaki oleh client diberikan.

1245
Rehat.

1400
Kembali ke pejabat. Berbincang dengan Mohd Zamri tentang aliran data yang sesuai dalm membangunkan sistem untuk membina Data Flow Diagram (DFD).
Data Flow Diagram (DFD) yang telah dibina dikemaskinikan.

1600
Data Flow Diagram (DFD) telah disiapkan dan membantu Modh Zamri untuk menyiapkan Entity Relationship Diagram (ERD).
Menulis buku log secara online.

1715
Pulang.

huhuhu..ari2 duk blajar online sendri2 je..bosan jgk.akhirnya ak dpt tugas yang sebenar2nya selari dengan tujuan aku kat sini..aku wat dengan sepenuh jiwa raga..hehe..
tapi sbelum blk mesti online dl puas2 ht.blk rmh xde la nk on9 ni..HIDUP aku!!

Kambing kambing yang bakal dionlinekan dalam sistem aku..

Byak lagi akan menjelma selepas ini..haha..

Tuesday, December 15, 2009

Hari ke tiga - 15/12/2009

0830
Tiba ke pejabat. Bersedia untuk menjalankan tugas dan kemaskan meja.

0900
Belajar secara bersendirian untuk membina laman web dengan menggunakan bahasa pengatucaraan PHP dengan melakukan carian dalam internet. Maklumat berkenaan modul-modul admin,staff dan pelanggan dikemaskinikan dan bahasa pengatucaraan ditaip.

1030
Diberi taklimat oleh Cik Julia daripada bahagian Sumber Manusia syarikat berkenaan masa bekerja dan diberi kad kebenaran masuk ke pejabat yang menggunakan peralatan kad capaian (access card).

1100
Rehat sekejap dan meneruskan menaip bahasa PHP untuk menghubungkan laman yang dibina dengan pengkalan data yang telah direka.

1245
Rehat

1400
Kembali ke pejabat dan belajar untuk menyusun bahagian dalam laman web yang telah dibangunkan secara teratur. Mengenal pasti bahasa PHP untuk membuat capaian pengkalan data dalam aplikasi AppServer.

1600
Mengemaskini kod-kod PHP dan menulis buku log.

1715
Pulang ke rumah dengan kesyukuran.Letih.


pergghhh..ap ak ngarut ni..supervisor ak ckp tipu sunat xpe..hehe..aku ikut saja...

Monday, December 14, 2009

Second day LI..14/12/2009

0830
Tiba di pejabat.Menganalisis dan memahami proposal Sistem Ternakkan Kambing yang telah disediakan.

1000
Taklimat berkenaan pembangunan Projek Sistem Ternakan Kambing diberikan oleh Puan Munirah dan Cik Afsal. Membincangkan kehendak pelanggan,aliran sistem,pegguna sistem,rekabentuk sistem,tempoh masa dan penjadualan pembangunan sistem. Kami diberi tempoh seminggu untuk memahami dan belajar untuk membangunkan sistem tersebut sebelum tugas seterusnya diberikan.

1030
Mengkaji dan memahami sistem yang telah dibangunkan oleh pelajar LI yang lepas samaada sistem tersebut boleh diteruskan atau tidak. Mengesan kesalahan yang terdapat dalam program-program yang telah dibuat. Mencuba capaian pangkalan data sistem yang lama dan memahami bahasa pengatucaraan yang digunakan.

1245
Rehat

1400
Kembali ke pejabat. Membina pengkalan data untuk digunakan oleh admin,staff dan pelanggan didalam mysql dan melakukan carian dalam internet untuk bahasa pengatucaraan PHP untuk membina modul admin,staff dan pelanggan bagi sistem ternakan kambing.

1500
Menggunakan aplikasi wamp dan appserv untuk membina capaian antara halaman pengguna dengan pengkalan data yang telah dibina. Mengubah dan mencuba capaian sehingga memuskan hati.
Menulis buku log secara atas talian.

1715
Waktu pejabat tamat. Pulang.

ari ni boleh tahan sket..xde la boring sangat..banyk benda jgk aku belajar walaupn sendiria berhad..hehe

First day LI..

0830
Melaporkan diri di Syarikat Krim Network Snd. Bhd. dan diberikan tempat dalam pejabat.

0900
Berkenalan dengan penyelia organisasi (Munirah Binti Salleh) dan taklimat ringkas diberikan oleh penyelia organisasi berkenaan sistem yang dibangunkan.

0930
Penyelia organisasi menyerahkan fail projek Sistem Pengurusan Ternakan Kambing untuk Rupabumi Enterprise dan diberi sedikit penerangan berkenaan projek tersebut.

1000-1245
Mengkaji,menganalisis,memahami projek yang diberikan oleh penyelia organisasi.

1245
Rehat

1400
Kembali ke pejabat. Meneruskan memahami dan mencari serta mempelajari bahasa yang bersesuaian untuk membangunkan sistem secara individu secara online.

1715
Waktu pejabat tamat. Pulang.

huuuhhh..Memang penat walaupun duk saja je dlm ofis..

Saturday, December 12, 2009

LI datang..

Dengan ini esok LI..13/12/2009..huahua..rawwwkk..